Jun 17, 2009

DEMAM SEMUS!M

Lately nih jarang on internet tak der mood nak entry blog pon tak der nafsu, bowink, sakit lutut, kpala,flu but not influenza or H1N1 simpang malaikat 44 mintak dijauhkan, sungguh mengerikan dan bukan jugak demam denggi yang tu pon seremm...bila sang nyamuk di muka bumi ini sudah mengasah muncungnyer manusia-manusia akan kecundang uhhh ngerinyer haiwan yang sekecil kuman sudah sebesar gajah powernye...so jaga-jaga penghuni di planet bumi, jagalah kebersihan anda...bahaya sedang menanti tidak kira masa dan usia...ish serem aku... macam-macam arhh penyakit yang melanda planet bumi skrg..yg dulu kita sangka tidak berbahaya namun skrg sudah bijak mengatur strategi mencari mangsa,jangan kata ubat nyamuk atau penyembur, fogging pon tak mampu membunuh cucu cicit nyer jika tiada kesedaran smua pihak so sayangilah warisan kita yang belum puas menjelajah planet bumi ini...nak tahu ape yg aku merepek nih...aku diserang demam semusim puncanya melanda my family kat kg pas tuh menjangkit kat aku than now ank aku lak huhu cian my baby tak lena tidur 2, 3 hari ni selesema....but alhamdulillah diberi demam coz dah lamer gak penyakit nih tak menyerang abdomen aku nih....but now dah semakin sembuh just iris jer masih flu lagi..risau aku dibuatnyer, bukan apa dah 2 hr aku tak lena tidur coz x peluk iris biaselah klau demam jer iris ni mesti nk sleep kt buai klau tak sampai suboh dia meragam..but today rase badan dia dah cool ckit so malam ni Mama boleh peluk Iris huhu seronoknyer ank Mama semakin sembuh Alhamdulillah....malam ni kita tidur sama-sama ye sayang...mis u muahhh





anigif


"Buai laju-laju"

b4 leaving nak kempem nyamuk cikit just for sharing and caring owkei...

Nyamuk Aedes

Nyamuk Aedes merupakan sejenis nyamuk yang biasanya ditemui di kawasan tropika. Namanya diperolehi daripada perkataan Greek aēdēs, yang bererti “tidak menyenangkan”, kerana nyamuk ini menyebarkan beberapa penyakit berbahaya seperti demam denggi dan demam kuning. Ae.albopictus merupakan species yang sering ditemui di Asia. Kakinya berbelang hitam putih. Ae.aegypti juga terkenal sebagai penyebar denggi dan demam kuning.

Kitaran hidup nyamuk aedes bermula dari telur hingga dewasa mengambil masa kira-kira satu minggu.

Tabiat nyamuk aedes

1. Aedes senang dikenali dengan belang hitam putih pada badan dan kakinya
2. Aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan waktu senja
3. Aedes membiak dalam air jernih yang bertakung, sama ada di dalam atau luar rumah

Tempat pembiakan nyamuk aedes

Dalam Rumah
Akuarium
Perangkap semut
Pasu Bunga
Timba
Tempayan
Kolam (kolah) mandi
Tempat air peti sejuk
Luar Rumah
Tayar burukTempurung kelapa
Botol/gelas pecah yang mengandungi air
Salur air hujan
Tempayan
Pokok Pisang
Pokok Keladi
Longkang yang tersekat
Tangki septik (terdedah)

Pencegahan pembiakan nyamuk aedes

1. Salin air dalam tempayan, pasu-pasu bunga, kolam mandi tiap-tiap minggu dan basuhlah sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru
2. Buangkan air dari pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu sekali dan gosok pinggan-pinggan itu hingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk
3. Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur
4. Bekas yang tidak digunakan hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam
5. Periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk membersihkan daun yang menyekat air daripada mengalir
6. Masukkan garam sebanyak 2 sudu teh ke dalam perangkap semut untuk mencegah pembiakan nyamuk
7. Peliharalah ikan seperti ikan gapi, puyu di dalam tangki besar kerana akan memakan jentik-jentik.
8. Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (mengikut sukatan yang betul) ke dalam semua bekas menyimpan air, tiga bulan sekali

Sumber : Wikipedia


"PERANGI DENGGI!!"

2 comments:

shidaradzak said...

musim demam nih kena betul2 alert .kekadang tak perasan kita demam buat tak tahu jer so kenalah g check untuk dapatkan kepastian..semoga u all cepat sembuh sepenuhnya.......

SuRiA said...

betul3 alhamdulilah dah sembuh just iris jew masih selsema tp dah x demam lagi..memg takut musim demam ni lg2 lak klau kena gigt nyamuk..kita org tua blh la rase tp baby mana la tahu nk ckp sakit ker..huhu takut tul aku ngan nyamuk2 ni skrg kena jaga2

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin