Showing posts with label DELICIOUS. Show all posts
Showing posts with label DELICIOUS. Show all posts

Jul 6, 2012

ULAM PERIA+SAMBAL KETUK TEMPE

Salam,
Hari ni dakoris nak share 1 resepi ulam...mungkin ramai yang tak pernah makan sebab kebanyakan orang Jawa jer yang suka makan benda-benda macam ni...Resipi ni favorite my Mom kalau dia tak berselera nak makan lauk pauk,selalunya dia akan buat menu ni simple yang penting amat menyihatkan gitu...tak de minyak,sesuai untuk sapa-sapa yang amalkan diet sihat...buntu tak tahu nak masak apa try menu ni nak lengkap lagi ada protein, hidangkan bersama ikan bakar pasti terangkat...dan warisan resepi ini juga adalah my favorite food, terutamanya time malas nak masak....



Ulam Peria+Sambal Ketuk Tempe

Cara Penyediaan Sangat Mudah Tak sampai 10 minit

Bahan-Bahannya
1)Ulam ikut u olls suka ulam apa..bagi saya my favorite ulam yang pahit-pahit tak pucuk pegaga,buah peria 
2)Tempe ikut banyak mana u olls suka
3)Garam 
4)Cili padi 6 biji nak pedas blh letak lebih

Cara Penyediaan
  • Tumbuk atau giling Cili padi
  • tak perlu terlalu lumat lepas tu masukkan tempe pula,tumbuk skali dengan cili tadi
  • masukkan sdkt garam
  • siap...

Mudahkan...Selamat Mencuba

Sudi-Sudilah Tinggalkan Jejak Anda Di Ruangan Komen Terima Kasih

Jun 25, 2012

BETIK GORENG BELACAN

Salam 1 Malaysia buat pengunjung-pengunjung blog dakoris...mood pagi-pagi ni nak share menu favorite....sebab apa tiba-tiba nak share menu ni sebab rasa macam mood teringin nak masak menu ni hari ni tapi d problem is mana aku nak cekau benda alah ni,huh dah terliur aku, lau kat kampung senang la pokok sebelah rumah petik jer...k menu yang aku nak share ni may be ramai yang dah tahu xpecially orang negori semilan macam-macam resepi dia boleh buat, bagi yang tak pernah makan langsung boleh la try, best wooo bagi tekak yang selera kampung ni memang sodaplah...

1st step kena ada buah ni dulu..buah betik muda,separuh muda pon ok, jgn yang dah masak sudah, tu sodap buat pencuci mulut jer...

 buang kulit,lepas tu korang cincang2 la dgn gaya apa pun sampai jd cam gambar kat atas tuh...p/s jgn terlalu nipis atau hancur bagi kasar2 cket baru layan..


2nd step siapkan bahan menumis..
  • cili padi ikut suka bnyk mana lagi pedas lagi sedap
  • ikan bilis
  • bawang merah
  • bawang putih
  • belacan cket..tak pun blh tukar udang kering lau ada 
  • ajinamoto secukup rasa
  • garam
  • (tumbuk atau giling bahan tu semua, lau malaS guna blend jer..tp kurang kick la)



3rd step korang tumis bahan2 tadi then masukkan betik yang dah dicincang tadi..masukkan air cket nak bagi betik tu empuk..sesedap rasa jangan lembik sgt ea follow selera korang la


taraaa..dah siap macam ni la rupanya..pas tu goreng ikan masin,wat telur dadar,ada pulak ayam goreng fuhhhh terangkat menu simple tapi boleh makan berpinggan-pinggan ni...kat pasar chowkit  agak-agaknya ada jual tak betik muda ni...

SELAMAT MENCUBA

LEPAS TU KITA LAYAN LAGU NI


Apr 23, 2012

PISANG RAJA

Assalamualaikum...hari ni aku nak citer pasal buah tempatan..iaitu buah pisang,pisang ada pelbagai jenis, ada pisang emas,pisang nangka,pisang ambun..tapi kali ni aku nak share pasal pisang raja..mesti uolls jarang dengar kan atau masih lagi tak kenal apa tu pisang raja...pisang raja ni nak dibuat goreng pisang tak sedap tapi makan macam tu jer memang layan..isinya manis dah tak lembik tapi tunggu masak ea,kalau makan belum masak confirm kelat@pahit.."ala biasa jer apa yg menariknya, pisang lain pon sedap dimakan macam tu jer...?" haaa tunggu ada info lagi ni. uniknya pisang ni terletak pada warna kulitnya..try tgk ni, mesti anda jarang jumpa kan...



warna kulit pisang raja ni warna dark purple..ianya tak kan berubah dari putik sampai la pisang ni boleh dipetik...cantik kan kulitnya bersih jer,khasiat pisang ni aku tak berapa pasti rasanya sama macam pisang lain kot yang penting bagi yang mempunyai masalah sembelit bagus makan pisang kerana ia melawaskan...


nota sekel:pisang ni aku amik kat belakang rumah mak aku jer...pokoknya tak banyak tapi kalau dah ditebang mak akan tanam semula sebab sayang kalau tak der pewaris coz susah nak dapat pisang ni...hihi..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin