Sep 24, 2012

PAGI BERINAI

Entry kali ni nak story pasal Pagi Berinai..selalu  dengar Malam Berinai kali ni istilah Pagi Berinai telah wujud disebabkan 2 anak daraku yang sebuk asik nak melaram, ngalahkan mama dia, kenapa pagi2 nak berinai macam tak de waktu lain jer, alkisahnya si Tom a.k.a Iris atau si kakak celik jer mata terus rembat mama nye maker pen habis kukunye di color, nasib mama cepat perasan, lambat cket jenuh la nak hilangkan, sabar je la anak-anak mama ni, dua tiga hari ni asik rembat pen mama colorkan kuku..then mama dapat idea macam mana nak stopkan tabiat dia orang ni, terpikir pula ada inai yang embah nye belikan dari mekah dulu, apa lagi cat la kuku2 they all demi kepuasan anak-anak mama ni, tu la ceriteranya..penyakit berjangkit  di sebabkan kemaruk pakai pewarna kuku mainan yang papa belikan..huh jenuh gak melayan kerenah Tom & Jerry asik berangan nak jadi princess jer..xpecially si kakak tak habis2 nak melaram.




aktiviti menginai dilakukan oleh mama..sabar jer la dah la kuku cute miut..nasiblah kalau comot  janji ada color...



masa penderaan....tunggulah sampai lebam sapa gerak lebam biji mata, nak sangat melaramkan kena la ikut arahan hehe..



tik..tok..tik..tok..tik..tok..tik..tok..tik..tok..masa berlalu dengan perlahannya...haha suka mama dapat ragging tom & jerry



masih bertahan setelah 20min berlalu..bagus anak-anak mama sanggup bekorban


 akhirnya selepas 30min..berkat kesabaran dan menurut arahan cantik la kuku2 anak mama...ermm lepas ni tak habis2 lah belek jari jemari tu...



Nota Sekel : Ikut lah kehendak anak selagi ianya tidak melampaui batas..demi kegembiraan dan kepuasan mereka..sesungguhnya membuat kamu senyum dan gembira adalah kepuasan bagi mama..luv u so much

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin