Apr 23, 2012

I-CITY SNOW WALK

Entry kali ni aku nak share salah satu lokasi yang menarik di Shah Alam..tak lain tak bukan yang hangat diperkatakan sekarang bandar fire@ice terletak di I-City Shah Alam...apa ada kat sana semestinya keindahan lampu-lampu diwaktu malam sangat sesuai untuk seisi keluarga beriadah...selain dari tu kepada sesiapa yang dah lama mengidam menggelosori keputihan dan kedinginan salji seperti di negara-negara Eropah tapi budget tak cukup di I-City juga ada menyediakan apa yang anda impikan iaitu di snow walk.anda boleh nikmati tahap kesejukan yang sama seperti dinegara-negara bersalji...sedikit info kepada anda tentang harga tiket, dewasa RM25, kanak-kanak RM20 dan bawah 3 tahun FOC....



jangan jadi macam we all akibat perjalanan yang tak dirancang main redah jew...kesian my daughter kesejukan tak pakai long pants..kakiku juga naik kebas coz pakai sandle jew huhu...



ada gelanggang bola boleh la bawak 1 team futsal

ni lah antara replika-replika ice yang sangat unik...ada banyak lagi anda bolehla lihat sendiri keindahannya memang terbaiekk!!..

nota sekel:kanak-kanak dibawah umur 3 tahun tidak digalakkan masuk tetapi jika nak bawa juga atas risiko sendiri dan jangan lupa bawa camera boleh posing sampai lebam,yang penting pakaikan anak-anak long pants and kasut sebab sejuk banget..banget..

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin