Jul 6, 2012

ULAM PERIA+SAMBAL KETUK TEMPE

Salam,
Hari ni dakoris nak share 1 resepi ulam...mungkin ramai yang tak pernah makan sebab kebanyakan orang Jawa jer yang suka makan benda-benda macam ni...Resipi ni favorite my Mom kalau dia tak berselera nak makan lauk pauk,selalunya dia akan buat menu ni simple yang penting amat menyihatkan gitu...tak de minyak,sesuai untuk sapa-sapa yang amalkan diet sihat...buntu tak tahu nak masak apa try menu ni nak lengkap lagi ada protein, hidangkan bersama ikan bakar pasti terangkat...dan warisan resepi ini juga adalah my favorite food, terutamanya time malas nak masak....



Ulam Peria+Sambal Ketuk Tempe

Cara Penyediaan Sangat Mudah Tak sampai 10 minit

Bahan-Bahannya
1)Ulam ikut u olls suka ulam apa..bagi saya my favorite ulam yang pahit-pahit tak pucuk pegaga,buah peria 
2)Tempe ikut banyak mana u olls suka
3)Garam 
4)Cili padi 6 biji nak pedas blh letak lebih

Cara Penyediaan
  • Tumbuk atau giling Cili padi
  • tak perlu terlalu lumat lepas tu masukkan tempe pula,tumbuk skali dengan cili tadi
  • masukkan sdkt garam
  • siap...

Mudahkan...Selamat Mencuba

Sudi-Sudilah Tinggalkan Jejak Anda Di Ruangan Komen Terima Kasih

Jul 1, 2012

NIGHT AT GENTING THEAME PARK OUTDOOR

Entry kali ni dakoris nak share suasana malam kat Genting Theame Park Outdoor..mesti ramai yang dah tahu Genting Theame Park Outdoor dah buka untuk pengunjung-pengunjung malam..yang bestnyer masuk waktu malam ni orang tak ramai so boleh layan sampai lebam..tak perlu nak queue pnjang-panjang...jom saya share cket apa yang termampu we all layan game kat outdoor...before tu info cket game outdoor ni close pukul 10pm so berbaloi kan kalau yang layan dari tgh hari memang lebam la,rasanya belum ada yang mampu lagi betul tak...



Dah lama tak naik Skyway so pada hari tu we all naik Skyway Jer saja nak uji kegayatan anak-anak


 Time ni school holiday so memang saja masuk malam coz tak crowded 



layan game budak-budak jer sebab dah nak berumor ni rasa seram sejuk lak nak layan yang ganas-ganas
 

model-model cilik beraksi tak termasuk yang bapak budak tu okey..
 

playground pon ada sesuai tuk anak-anak yang over penakut nak main game2 kat dlm tu so boleh layan ni,sambil tu mak budak boleh amik kesempatan sementara ada pengasuh sukarela



sedikit perkongsian dari kami tak larat nak explore semua sebab bawa budak-budak so separuh tenaga penat melayan, but we all still fun...goodbye....

Jun 25, 2012

BETIK GORENG BELACAN

Salam 1 Malaysia buat pengunjung-pengunjung blog dakoris...mood pagi-pagi ni nak share menu favorite....sebab apa tiba-tiba nak share menu ni sebab rasa macam mood teringin nak masak menu ni hari ni tapi d problem is mana aku nak cekau benda alah ni,huh dah terliur aku, lau kat kampung senang la pokok sebelah rumah petik jer...k menu yang aku nak share ni may be ramai yang dah tahu xpecially orang negori semilan macam-macam resepi dia boleh buat, bagi yang tak pernah makan langsung boleh la try, best wooo bagi tekak yang selera kampung ni memang sodaplah...

1st step kena ada buah ni dulu..buah betik muda,separuh muda pon ok, jgn yang dah masak sudah, tu sodap buat pencuci mulut jer...

 buang kulit,lepas tu korang cincang2 la dgn gaya apa pun sampai jd cam gambar kat atas tuh...p/s jgn terlalu nipis atau hancur bagi kasar2 cket baru layan..


2nd step siapkan bahan menumis..
  • cili padi ikut suka bnyk mana lagi pedas lagi sedap
  • ikan bilis
  • bawang merah
  • bawang putih
  • belacan cket..tak pun blh tukar udang kering lau ada 
  • ajinamoto secukup rasa
  • garam
  • (tumbuk atau giling bahan tu semua, lau malaS guna blend jer..tp kurang kick la)



3rd step korang tumis bahan2 tadi then masukkan betik yang dah dicincang tadi..masukkan air cket nak bagi betik tu empuk..sesedap rasa jangan lembik sgt ea follow selera korang la


taraaa..dah siap macam ni la rupanya..pas tu goreng ikan masin,wat telur dadar,ada pulak ayam goreng fuhhhh terangkat menu simple tapi boleh makan berpinggan-pinggan ni...kat pasar chowkit  agak-agaknya ada jual tak betik muda ni...

SELAMAT MENCUBA

LEPAS TU KITA LAYAN LAGU NI


Jun 22, 2012


 

PENGUMUMAN KEPADA PENGUNJUNG-PUNGUNJUNG

BLOG DAKORIS...SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA

DI RUANGAN KOMEN..SUPAYA DAKORIS DAPAT

 BLOGWALKING SEMULA

KEPADA YANG SUDI MENJADI SAHABAT DAKORIS

 BOLEH FOLLOW  BLOG INI,MEMUDAHKAN UNTUK

 DAKORIS FOLLOW SEMULA...

SHARING IS CARING

SALAM 1 MALAYSIA

PEACE NO WAR!!!

Jun 14, 2012

FRIENDLY MATCH MALAYSIA vs SINGAPORE


Pada satu petang yang indah, 12 Jun 12.. get a col... from someone..sapa lagi tak lain tak bukan Mr.hubby, ajak tengok friendly game  football Malaysia vs Singapore...ok la layannn katanya saja bawak budak2 yang belum pernah jejakkan kaki ke Stadium...aku pon dah lama x tinggalkan jejak sejak dah jadi Mama mithali ni (perasan) tolong jangan muntah ea...share jugak kat anda2 yang tak pergi...


DIBALAI KETIBAAN
 



 
Sekali pandang macam tak de apa2. 2 kali pandang anak2 mama macam penyokong VVIP siap ada bodyguard...


Bagus bodyguard anak-anak mama jaga sorang satu hehe,baju pon sedondon dah macam uniform


PENGULAS YANG TAK BERTAULIAH

KAMI PENYOKONG KUAT TEAM MALAYSIA...

KAMI JUGA KUAT MAKAN



Walaupun ada kecederaan dalam perlawanan, masih tak mematahkan semangat team kita..goooo HARIMAU MALAYA...





Lagi bersemangat ditambah dengan sokongan dari penyokong fanatik cilik kita...



Kemenangan ditangan KITA....THE RESULT is, 1ST HALF HARIMAU (1)- SINGA (0) , 2nd HALF M'SIA (2) - SGPORE (0)
Yehaaaaaa!!!!...yebeda beduuuu...





Faktor kekalahan, tak mustahil kan dengan penyokong yang tak berapa nak ramai ,so player pon jadi nervous,kepada peminat2 bola sepak gi la turun stadium lau ada perlawanan sebagai tanda sokongan untuk team kita


Senyuman kegumbiraan Team Malaysia Menang
Cayalahhhh...CONGRATS for our team....

Jun 12, 2012

CARA MUDAH NAK KURUS

Entry kali ni seperti yang dijanjikan dakoris ingin berkongsi bagaimana nak kurus atau dengan bahasa sedapnya mendapat berat badan yang ideal DENGAN MUDAH...Sebelum tu jom kenal BMI anda dulu,BMI yang ideal bagi saya adalah tidak terlalu kurus dan tidak terlalu gemuk tetapi berada di tahap sedang-sedang sahaja...macam mana nak tahu kategori manakah BMI anda boleh check disini.

so lets continue how to lost ur weight....tak perlu berceloteh panjang lebar sebab saya bukan penglipulara dan mungkin anda juga tidak mahu membuang masa ingin remove segala lemak tepu dibadan anda sekarang juga..ok tanpa membuang masa tips yang saya nak share ni hanya kepada orang yang ada kesungguhan dan yang penting be positif...teknik ini juga untuk orang-orang yang sudah mencuba pelbagai diet tetapi tidak pernah berjaya...sebelum saya memperkenalkan amalan apakah atau diet apakah yang sudah saya ambil perlu ditekankan disini DISIPLIN...itu yang PENTING tanpa DISIPLIN anda tidak aka berjaya sampai bila-bila.

Rasanya mudah kan DISIPLIN bukan perkara biasa dari lahir hingga kita dewasa perkataan ini sering kita dengar jadi hanya yang BERDISIPLIN sahaja layak untuk mengikuti program ini jika tidak SIA-SIA...rasa macam dah pjg sgt text ni tadi kata nak ringkas je kan ok la jujur saya katakan sebelum ini saya pernah diet sendiri antaranya kurang mengambil nasi, kadang-kadang tak ambil terus tapi ganti dengan roti,jogging hujung minggu kadang2 je la..tapi malangnya diet saya hanya sia2..berat statik tiada apa perubahan...sehinggala saya bertemu dengan satu blog yang memperkenalkan makanan kesihatan ini...sebelum ini memang buta ilmu tak pernah tahu pasal makanan tambahan ini boleh mengurangkan berat badan saya, yang memang gila nak kurus dah try baru tahu memang terbaikkk ianya mujarab dan berkesan yang penting DISIPLIN...DISIPLIN...DISIPLIN dan DISIPLIN...itu je...

APA DIA? MASIH LAGI TERTANYA-TANYA...meh saya showkan makanan tambahan apakah yang telah berjaya mengubah hidup saya....yang pasti dah slim ok la dari dulu nak pakai baju size S pon susah kuar masuk fitting room berkali-kali buat orang boring nak teman saya shopping, tapi sekarang tak mustahil lagi tinggal capai je terus bawa ke kaunter tak perlu nak try2 lagi confirm dah muat...wahh angkuhnya statement tapi itu la realitinya sekadar ingin berkongsi dengan anda kegembiraan ini...

tadaaaaaa.....



inilah makanan tambahan yang telah berjaya menggumbirakan hati hamba...kepada sesiapa yang berminat boleh try...nak kurus tak semudah ABC tetapi amat mudah jika anda Be Positif dan Disiplin...

 tak curang pada yang lain bukan janji tapi pasti...

untuk info lebih lanjut boleh tinggalkan komen anda atau e-mail kepada saya dakosue@gmail.com
saya sedia membantu kepada anda yang sudah buntu...
oppss sebelum berpisah saya bukan consultant herbalife tetapi saya adalah salah seorang testimoni yang berjaya tetapi jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tiada masalah saya sudi berkongsi kerana saya sayang anda semua..sama-sama lah kita said NOOOOO!!! to OBES...

APA YANG SPECIAL SANGAT HERBALIFE NI TUNGGU!!!! ENTRY YANG AKAN DATANG....
ASSALAMUALAIKUM
PEACE NO WAR...



Jun 10, 2012

DIALOG MELAYU vs JAWA

eNTRY kali ni saya akan translate dialog bahasa melayu ke bahasa jawa selamat menggulung lidah

Version Melayunye:
Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.

Version Jowonye : 
Isuk seng seger, eneng wong loro wes lanjut umor eh dorong/nyagong berehat-rehat. pak Abu kambek Pak Majid jeneng eh. Seng Pak Abu gek boco surat kabar, Pak Majid pulak gek dorong/nyagong termenung adoh sambil ngisep rokok godong. 

Sketsa bermula

Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.

Pak Abu: Majid, kuwe geloklah berita ki dino. Eneng wong tegel ngedol anak eh. 

Pak Majid: Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je.

Pak Majid: Hmmmmm. Jawab Pak Majid arek dak arek waie. 

Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid…?

Pak Abu: kalau terdesak pon arek K duit ojolah ngedol anak. Akeh meneng coro lain entok K duit. Kerjo gon pam minyak ke, ngedol kacang poteh ke, ngedol surat kabar ke. Tenan dak Majid..? 

Pak Majid:Hmmmmmmm… Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya…

Pak Majid:Hmmmmmmm....sambil ngetok K asep rokok godong A metu gon congor/hirong... 

Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ? Binatang pun tahu nak jaga anaknya.

Pak Abu: Kuwe ki kenopo Majid? takkan berita koyo ki kuwe rak/dak jikok kesah ? Binatang pon reti arek jogo anak eh. 

Pak Majid: Hmmmm….Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu..

Pak Majid; Hmmmm....Ki lah aku arek ngomong karo kuwe. Kalaulah aku nom-nom biyen...aku dol waie anak-anak aku kaie.. 

Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid!

Pak Abu: Hah??? kuwe seng tenan Majid! 

Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni kita berada di mana? Sedarlah Abu….Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu! 

Pak Majid: Woii..kuwe sedar dak saieki kito gon di? Sedarlah Abu.....Kito saieki gon NGOMAH WONG TUO.Kalaulah aku reti perangai anak-anak aku koyo iki, wes suwi wes aku dol boca-boca kaie!

Pak Abu: HEHEHEHEHE…. 

Pak Abu: HEHEHEHEHE…. 

Sekiannnnn...jumpa lagi / ketemu neh

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin