Apr 23, 2012

BAB 1: TRANSLATE LAGU

Hi semua entry ni khas untuk sesiapa yang berminat nak mendalami ilmu kejawaan..aku tak la pro sangat tapi boleh la setakat orang mengumpat mengata dalam bahasa jawa tu boleh la paham...idea untuk wujudkan menu bahasa jawa ni pun dari member-member yang request nak jadi anak murid hahaha..untungla kalau kat sekolah ada bahasa jawa sure aku orang pertama nak apply...for member-member yang gian sangat nak tahu bahasa jowo ni boleh la menuntut disini..pepatah jawa mengatakan "i try my best" untuk puaskan jiwa jowo korang...

Ooopss!!! sebelum tu bagi yang dah mahir boleh la share atau betulkan kalau aku salah yea..sebab jawa aku ni kira basic lagi, tak boleh lawan otai-otai..untuk pengetahuan anda jawa ni macam-macam jenis ada jawa halus,jawa kasar,jawa ngencret (jawa+melayu),jawa totok (pior jawa)...tapi tak pe apa pun kasta anda yang penting world...thanks gak kat Mawi.


BAB 1: TRANSLATE LAGU KAT BAWAH NI
LIRIK LAGU CARTA HATI-NAJWA LATIF

Kuwe dorong gon kono
menem isin waie
arek nyepakie aku

Engkau duduk di situ
Diam tersipu malu
Mahu mendekati aku


aku wes rak karuan
hati A jadi mari
gelok kuwe aku tibo
tapi hati iki kuat ngomong
kuwe saieki eneng gon carta hati


Aku mulai resah
Hati ku jadi kebah
Melihat diri mu aku rebah
Tapi hati ini kuat menyatakan
Kau terkini duduk di carta hati

lagu cinte kito wes mulo
seko moto medun ke jiwe
seko temen jadi cinte
kambek berjanji untuk setia


Lagu cinta kita bermula
Dari mata turun ke jiwa
Dari teman menjadi cinta
Dan berjanji untuk setia

seurep semati kito
menjanjike guyup
untuk kito wong loro selawase

Sehidup semati kita
Menjanji kan bahagia
Untuk kita berdua selamanya

ojo kuwe ojo lungo
ojo tinggal aku dewek
ojo tinggalke carta hati

Jangan engkau jangan pergi
Jangan tinggal ku sendiri
Jangan tinggal kan carta hati

kuwe janjike guyup
aku janji kuwe rak terluke
teruslah eneng gon carta hati kito


Kau janji kan bahagia
Ku janji kau tak terluka
Teruslah berada di carta hati kita

*Waduh-waduh susah jugak arek di translate ki....kalau eneng seng salah jalok ngapuro..sudi-sudila dibenerke...



























































CARA MUDAH DOWNLOAD VIDEO YOU TUBE

Hi all...hari ni aku nak share tip cara mudah bagaimana download video dari youtube, sebenarnya ada banyak cara tapi aku suka sangat guna cara ni coz jimat masa lepas download aku juga boleh convert terus ke format file yang aku nak..sangat mudah nak tahu bagaimana?..

1) 1st step pastikan anda ada Software Real Player yang dah download kat PC u all,jika belum ada boleh download disini CLICK.

2) Download pula Real Downloader just CLICK

3) Dah download jangan lupa install..ok settle, so macam mana nak download video pula kacang jer..

4) Buka website Youtube , search video yang anda nak download, contoh aku nak download video Bruno Mars


gerakkan cursor pada video, nanti u all akan nampak button download this video appear seperti rajah diatas yang aku bulatkan, just click ia akan auto download direct ke PC anda...mudahkan, selamat mencuba sebarang pertanyaan boleh tinggalkan komen anda...





LOST WORLD OF TAMBUN

Pernah dengar Lost World Of Tambun...Of course la kan, antara salah satu Water park yang famous kat Malaysia ni...destinasi pilihan kali ni Lost World Of Tambun di Ipoh Perak...ni antara Water Park yang sangat menarik untuk bawak family holiday...meh aku close up cket apa yang ada kat sini..



yang agak menarik kat sini dari water park lain, kat sini ada hotspring & petting zoo, bagi sesiapa yang tak nak mandi tapi terpaksa masuk sebab nak layan kerenah anak haha boleh layan petting zoo ni so tak la membazir sangat kalau tak tak pasal-pasal buat amal jariah...


ni juga antara view yang menarik...kat sini memang teramat la panas tapi sejuk hati bila anda sama-sama layan main air,hilang la rasa panas hati u all....jom tengak apa we all buat..??


Haaaa tengok jelous tak...perghhhh seronok beb rugi tak mandi sunburn pon sunburn la janji tak menyesal bila lagi nak berkubang...my daughter memang tak lepaskan peluang meroyan dibuatnya tengok air..best kan...kan..kan...so mesti korang lepas ni nak pegi..pegi la tak de sapa marah pon,,fyi harga tiket Dewasa RM39 (Dewasa), RM32 (Kanak-Kanak),And gud news kanak-kanak bawah 90cm FOC...ok tu je serba sedikit info pasal Taman Tema Lost World Of Tambun..pendek kata memang Besttttt!!!!!


Nota Sekel : Sedikit keriangan jika dikongsi bersama akan mendapatkan kepuasan yang maksimum...

JETI NELAYAN PARIT 3 SG.BURONG

Hi..oulss entry kali ni aku nak introduce salah satu tempat menarik untuk dapat fresh fish, bukan di pasar tapi di Jeti Nelayan Parit 3 Sg.Burong..actually lokasi ni kat my hubby hometown kat Tanjong Karang Selangor..if we all balik kg tak sah kalau tak merewang kat tempat ni..untung-untung ada rezeki dapat ikan siakap fresh..mmg best wat masak stim perghhh baru naik dari laut la katakan..tapi kali ni nak tukar selera aku nk rasa ikan ni pula,mmg x pernah makan sebelum ni..nak tahu ikan apa jeng..jeng..jeng...


 ni antara view jeti nelayan parit 3 di waktu sore...redup je di temani angin sepoi-sepoi bahasa..


seronok melihat gelagat anak-anak ...

ni la hasilnya dapat 2 kilo ikan belanak, katanya sedap masak pindang...yang paling best smua ikan yang kami beli semua ada telur isinya pon manis memang terbaikkk la...


nota sekel : tegakah anda menawar harga ikan disini setelah melihat peluh nelayan menitik kebumi ditemani terik mentari sehingga warna kulit bertukar, untuk mencari sesuap nasi fikir-fikirkan lah...bagi yang pernah follow blog ni..jeti ni entry ke-2 aku before ni kami bertiga kali ni bawa anak ke-2 kami Qistina Qalesya...

PISANG RAJA

Assalamualaikum...hari ni aku nak citer pasal buah tempatan..iaitu buah pisang,pisang ada pelbagai jenis, ada pisang emas,pisang nangka,pisang ambun..tapi kali ni aku nak share pasal pisang raja..mesti uolls jarang dengar kan atau masih lagi tak kenal apa tu pisang raja...pisang raja ni nak dibuat goreng pisang tak sedap tapi makan macam tu jer memang layan..isinya manis dah tak lembik tapi tunggu masak ea,kalau makan belum masak confirm kelat@pahit.."ala biasa jer apa yg menariknya, pisang lain pon sedap dimakan macam tu jer...?" haaa tunggu ada info lagi ni. uniknya pisang ni terletak pada warna kulitnya..try tgk ni, mesti anda jarang jumpa kan...



warna kulit pisang raja ni warna dark purple..ianya tak kan berubah dari putik sampai la pisang ni boleh dipetik...cantik kan kulitnya bersih jer,khasiat pisang ni aku tak berapa pasti rasanya sama macam pisang lain kot yang penting bagi yang mempunyai masalah sembelit bagus makan pisang kerana ia melawaskan...


nota sekel:pisang ni aku amik kat belakang rumah mak aku jer...pokoknya tak banyak tapi kalau dah ditebang mak akan tanam semula sebab sayang kalau tak der pewaris coz susah nak dapat pisang ni...hihi..

I-CITY SNOW WALK

Entry kali ni aku nak share salah satu lokasi yang menarik di Shah Alam..tak lain tak bukan yang hangat diperkatakan sekarang bandar fire@ice terletak di I-City Shah Alam...apa ada kat sana semestinya keindahan lampu-lampu diwaktu malam sangat sesuai untuk seisi keluarga beriadah...selain dari tu kepada sesiapa yang dah lama mengidam menggelosori keputihan dan kedinginan salji seperti di negara-negara Eropah tapi budget tak cukup di I-City juga ada menyediakan apa yang anda impikan iaitu di snow walk.anda boleh nikmati tahap kesejukan yang sama seperti dinegara-negara bersalji...sedikit info kepada anda tentang harga tiket, dewasa RM25, kanak-kanak RM20 dan bawah 3 tahun FOC....



jangan jadi macam we all akibat perjalanan yang tak dirancang main redah jew...kesian my daughter kesejukan tak pakai long pants..kakiku juga naik kebas coz pakai sandle jew huhu...



ada gelanggang bola boleh la bawak 1 team futsal

ni lah antara replika-replika ice yang sangat unik...ada banyak lagi anda bolehla lihat sendiri keindahannya memang terbaiekk!!..

nota sekel:kanak-kanak dibawah umur 3 tahun tidak digalakkan masuk tetapi jika nak bawa juga atas risiko sendiri dan jangan lupa bawa camera boleh posing sampai lebam,yang penting pakaikan anak-anak long pants and kasut sebab sejuk banget..banget..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin