Mar 20, 2009

PORT D!CKSON

Picnic lagi..kali ni version my hubby family...di Teluk KemangPort Dickson sempena skool holiday...coz dah janji ngan Jenglot and Timah nak bawak dia org pegi bercuti....b4 pegi we all dah masak-masak utk bekalan perut di rumah menu nye ringkas je..Yan and Amir wat Nasi Lemak, aku just buat sandwich and goreng nugget...menu yg ringkas janji mengenyangkan..we all gerak janji selepas suboh tp biasalah janji melayu eh silap kali ni janji jawe..kul 9.00am br gerak..sampai sana dalam kul 11.45am...cuaca pun agak panas so aktiviti berat tak dpt dilaksanakan...nak tgk apa yg mampu dibOOwAT.. jom tgk video ini...





Mar 18, 2009

T!MES SQUARE

Times Square aku kembali lagi...dulu tempat aku meluah perasaan, membazir duit and tempat aku mengenyangkan perut...kali ini aku kembali dengan agenda yg tersendiri..kembali dengan vision yg positif...nk tahu apa vision aku..? Kedatangan aku bukan keseorangan atau berdua-duaan kali ni aku kembali dengan kluarga bahagia ku jika dulu bersama team-team ronggeng kali ini aku sudah dewasa dan matang dlm mencari pengalaman baru...welcome to Times Square...kali ni aku bawak ank aku gi jalan-jalan makan angin...hmm shoppeng ar apa lagi nak main kat cosmo tak cukup ketinggian so untuk dijadikan memori terindah waktu dia dah besau nanti we all belikan ar dia gift...antara tempat-tempat yg we all jajah...





Baskin & Robbins , Cosmos, Kedai Kodak Suria...terkezut gak aku skunk kedai kodak pun dah jual anak patung...nak tarik pengunjung-pengunjung amik gambar kt situ la tu.. pas tu bley terus cuci kt kedai dia...namanya pun kedai kodak Suria pandai macam Suria bijak-bijak...



hmm b4 gi Shoppeng we all gi santap dulu, kali ni restraunt yg bisa menambat hati 'Gasoline' knape Gasoline?...kerana ia nampak seperti berada di alam misteri, kedai yg unik,menyeramkan and romantic...tapi yg penting nak mngimbas zaman remaje dulu..smua yg makan kt sini kebanyakannya couple2 yg bawah umor...so we all pun redah je la tebalkan muka anggap seperti we all masih 15 thn cayalah muka tua hati tetap muda...yg Islam tu jgn takut nak masuk coz makanan kat sini halal walaupun yg serve and kat baverage bar kebanyakannya Chinesse tapi ada tanda halal so apa lagi try, cube and test...



Antara menu-menu yg berjaya menambat hati kami...x termasuk Iris coz dia akan makan hasil penyulingan dr aku haha...pastikan perut anda betul-betul lapar baru pilih kedai ni ok...
Ayam Pandan alah otak-otak, Cendawan Goreng, Seosening Prawn Fried Spagheti, air Blue Ocean ( Smua ni laki aku punya ) Assam Sotong and Banana+Watermeloon ni aku punya...biase la laki ni nafsu mata perghhh...tak leh lawan yg habiskan aku jgk...mana tak meningkat weight aku aku ni, arghhh menakutkan....Smua ni only RM46.30....+ , - , *, /,+Ve,-Ve baik u all masak kat umah hahaha....


Ni lah yg we all shoppeng kan untuk Iris



BAGAN TJG KARANG

Ikan...ikan...ikan...fresh terbaik dari laut...ha kalau u all smua nak beli ikan segar..ni la tempatnyer Bagan Tanjong Karang...sebenarnyer banyak lagi Bagan yg ada kat Kuala Selangor ni...tapi aku tak berapa expert la tempat ni...ni pun baru first time aku menjejakkan kaki kat bagan ni...dah lama jugak aku teringin usha tempat ni...dapat tengok sendiri secara live nelayan turunkan ikan..fuhh terase kesegarannya...selama ni aku tengok nelayan kat dalam drama-drama melayu tv jew...kali ni hubby aku tunjukkan real punya kisah hidup seorang nelayan...memang penat aku tengok pagi-pagi suboh dah kuar petang baru turunkan ikan, depends pada rezeki kalau luck nelayan-nelayan ni dapatlah hasil penangkapan yg lumayan...ha pada para pembeli kena lah sabar menanti nelayan-nelayan ni turunkan ikan sebab bukan seorang, ramai nelayan kat sini yg dapat mcm-mcm jenis ikan, ada yg just dpt 1 jenis jew so kalau u all nak borong bawak balik terpaksa lah tunggu nelayan-nelayan laien bawak turun ikan..walaupun makan masa ckit tapi seronok, for me d best experience...antara ikan yg berjaya dikesan ni yg aku kenal jew la...ada kerapu, kembong, bawal, pecah periuk, sembilang, senangin n udang bukan sejenis ikan tapi ada jgk la...ada bnyk lg tapi ni antara jenis ikan yg aku kenal..






Ni antara bot-bot nelayan yg dah turunkan ikan...parking park yg kosong tu maknanye ada bot yg belum sampai lagi...so bley la tgu pada sesiapa yg x bawak ank tu tgu la sampai smua nelayan-nelayan ni punch out k...


Ni ikan dari bot Uncle Leman...banyak kan mau tak rambang selera jadinyer...ha pilih-pilih yg mana suka..

Sebelum boleh disambar ikan ni kena lah tunggu tokei dia asingkan dulu ikan-ikan ni ikut jenis nyer, coz nanti senanglah u all nak pilih...bkn senang tu dengan bakal-bakal pembeli yg dah x sabar-sabar nk sambar bukan apa sapa cepat dapatlah ikan yg di idam-idamkan tp kalau lambat tgu la nelayan lain mendarat tu pun kalau ada ikan yg diimpikan...nasib la nak ikan segar kena lah berkorban ckit kalau nak cepat beli jew la kt pasar senang...



Ni lah hasilnyer berkat kesabaran si penunggu...dptlah ikan pecah periuk 1..balik ni bley la masak stim...so lps dah pilih si idaman hati apa lagi...timbang sendiri...pas tu bayar kt nelayam tadi...best kan...dlm keseronokan menanti ikan segar dpt lg pengalaman tgk mcm mana kehidupan seorg nelayan mencari rezeki...terpaksa korbankan nyawa, kegebuan kulit duduk panas terik kt tgh-tgh laut...sanggupkah anda untuk menawar harga ikan selepas ini? fikir-fikirkanlah...

Mar 4, 2009

POSISI TIDUR YANG BAIK MENURUT ISLAM DAN SAINS

Diriwayatkan daripada Barra2 bin 'Azibr.a :
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda :

إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن...

Maksudnya : "Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring dilambung kanan kamu." (Hr Bukhari dan Muslim)

Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidur dengan cara yang lain adalah seperti berikut :-

Tidur dengan meniarap





Dr Zafir al-Attar berkata :
"Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang bad an yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak."
Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur dilambung kanan atau kiri.

Majalah Times telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.
Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w. Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda :

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله

Maksudnya : "Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya." (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata : Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata :

قم واقعد فإنها نومة جهنمية

Maksudnya : "Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam." (Hr Ibnu Majah)


Tidur menelentang




Dr Zafir al-Attar berkata :
Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah.
Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu-bulu dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.
Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.


Tidur mengiring ke kiri





Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.
Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri
Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.


Tidur yang terbaik


Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.




Rujukan : Mausuah al-I'jazil Qurani Fil Ulum wat Tib wal Falak oleh Dr Nadiah Toyyarah, Musnad Imam Ahmad dan kamus

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin