Feb 26, 2009

C!TER PANAS HOT n SP!CY

Aksi bogel,aksi lincah,aksi lucah,amoi-amoi seksi,awek cun,awek melayu,awek cute,awek gebu dot..dot..dot..dot 3gp.Ape kejadah smua ni..problemnyer skunk aku tk nk cter smua tue..sebut jew cter panas mesti korang d blue thinking kan.Today aku memang nk cter panas pown but not yellow or blue color story...but reeeeeyal nyer story, korang nak tahu ape dia...ketumpahan losyen panas aku kt lantai..panassss tue..bukan lantai tue yg panas hati aku ni yg panas..ape tak nyer stok dah tak de yg ader pown dah nk habis...nk beli ckit nyer jauh melaka import tue...ado!!!!! bikin panassss la...


Madah Penglipulara : Jangan buat kerja tergopoh gapah..kelak anda yang akan di cop tangan tak berbedung...

Feb 3, 2009

CUKUR JAMBUL DAN AQiQAH

27 Nov 2008, iris intan natasya lahir ke-dunia And 18 jan 2009 iaitu bersamaan 21 Muharram 1430h,berlangsungnya kenduri Aqiqah (iris intan natasya).Day yg d nanti-nantikan coz nk tgk my baby face biler dah dicukur sure lg cute..kenduri ni berlangsung di hometown hubby Sg Burung Tjg Karang..

1st marhaban dulu

2nd baby akn didukung n diarak oleh Amir n Aizat berkeliling tetamu lelaki yang sedang berzanji mcm tawaf la. yang ni lain ckit 1st xperience...mcm nk gi haji lak ade tawaf-tawaf ni best gak.
Aizat tu saje suruh bawa dulang ambil berkat maklum la baru dapat result UPSR 5A.

Dah 2 kali pusing baru yg 3rd round rambut bayi digunting oleh imam Surau Bt 12,

doa dibacekan b4 gunting rambut baby,yg bestnyer anak aku ni cool jer ape org buat dia buat tk tahu jer..kalau u all nak tahu dia tgh tdo tue, tambahan dengar org marhaban ramai-ramai bagaikan tidur yg dibuai-buai sambil disyairkan...lg lena la dibuatnyer...


Ini pulak Imam masjid

Ini Pak Akop, tokeh kedai makan merangkap AJK masjid.. Ramai juga pak imam dan org masjid datang kenduri ni. SEMOGA TUHAN MERAHMATI KENDURI INI. AMIN....

Agak2 mcm mana rambut Iris ni lepas kene gunting .. Agak-agak mcm Intan x dalam cerita Intan.

Selesai la sudah marhaban.Wak jak (ambik dulu dia punya la tu) ni sedang bagi duit kat budak-budak ni wat beli jajan hehe..yg ni pun laien kalau kat my kg tetamu bagi duit lepas gunting rambut baby.Duit akn diletakkan di atas dulang same jgk la kt kg hubby aku ni cume bezanyer duit nyer bagi kt mak n bpk c bayi kira becek bak kata orh kg hubby aku..tue dlm bahase jowonyer klau mlayu nyer salam keruk..

ni lak bagi berkat kat tetamu-tetamu yg mai,sape yg tak mai tak dapek den nak nolong.


menu mcm biase la org jowo ni 30 nasi ambeng.Nasi ni mkn ramai-ramai kat dlm talam bukan sekampung tp limit dlm 4 atau 5 org dlm 1 ambeng atau talam...best gak makan ramai-ramai ni mula-mula dulu aku tk slera gak mkn campur-campur ni bkn ape tk biase tp bile dah pekena best gak layannnn....nk try rajin-rajin berjiran ngan org jowo tk pun kawen ngan org jowo hehe.
Cuba kira 30 x 5 = ........ramai giler tak masuk yg tak dpt makan kan.

Ini Mbah Bedah dgn Mbah Tomblok Iris sibuk-sibuk je cukur kepala. Doakan la mereka ni timang cucu cepat2. Nanti anak aku ni diorg pinjam pulak. Diorg ni ngelat, kat luar tu sibuk rewang diorg ni nyorok kat dalam rumah.

abis kepala den ni kene kerjekan dengan mbah aku, tak macam kat saloon je. Masuk ni je dah 10 pisau cukur diorg pakai... Selagi tak nangis ni mesti diorg tak berenti,,, mcm mana nak buat ni, nak nangiske tak nak...

Alamak dah macam gaya Superman je ni, bila la nak abis ni. Dari pagi sampai ke malam pun tak sudah2.. Tolong....... Ya Allah selamatkanlah kepala aku ni.

Akhirnya doaku di makbulkan, rajin2 la minta tolong dengan Allah... aku selamat digondolkan pada jam 10.30 mlm berbekalkan 10 pisau cukur yg papa beli dan terpaksa berulang-alik sbyak 3 kali sehari... Amin sinopsis cerita ini ( jika anda menemui 2 org nenek kebayan di atas, jauhi anak anda dari mereka )

SALAHKAH WANITA TIDAK PANDAI MEMASAK

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati. "Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat. ''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga. "Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin